Thursday, September 22, 2016

Am I A Quitter?

Annyeong!

Lama tak update blog dan singgah kat blog kawan kawan. Dulu datang ofis awal pagi bole jugak jalan jalan ke blog orang. Sekarang sejak dah join ofis baru ni, internet dorang limit la. Boring gilaaaa.

Pejam celik dah almost 2 bulan dah tuan tanah kat ofis baru. Totally new experience. Gaji acah acah higher dan bidang pun lari jauh dari experience kerja tuan tanah sebelum ni. So bajet sedang mencabar diri sendiri untuk lebih multi tasking.

Rupanya dalam duk mengejar career enhancement ni, banyak benda jadi dan banyak yang tuan tanah belajar. Dont get me wrong. Tuan tanah suka experience bekerja dengan company besar ni. Rasanya ni la kot imaginasi Working Environment masa zaman belajar dulu. Selama ni duduk dekat 7 tahun in a small company yang staff nya tak lebih dari 20 orang.

Tapi bila dalam company besar ni, lagi besar tanggungjawab nak jaga image company. Dan semua yang tuan tanah buat macam ada je orang menunggu untuk tiau kita balik. Tak kisahla external atau internal. Baik dari client mahu pun bos sendiri.

Dan apa yang paling tuan tanah geramkan adalah sikap tuan tanah sendiri yang paranoid gila babi. Memang rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding sebab selalu ada perasaan macam ni. Tapi bila fikir balik, i did not received any proper training regarding my job. I tried my best to keep up the pace with everybody. Tapi none of them seem working to me.

Hari hari penat otak. Penat emosi. Penat jalan jem. Penat nak teka mood datin. Penat buat kerja rumah. Dan takde satu pun daripada segala jenis penat tu nampak berbaloi untuk masa sekarang. Dalam masa yang sama ex boss called few times. Asking tuan tanah untuk join balik dorang. With slightly higher salary than current salary in this so called big company.

Adakah ini petanda? Adakah ini sekadar alasan untuk tuan tanah give up dan play safe? What about career enhancement? To be honest 60% of my heart suruh resign from current company and join balik company lama. Tapi lagi 40% duk questioned bila lagi ko nak merasa cabaran? Time ni la. Time ni la nak enhance career.

Enhance my butt!

Wednesday, June 15, 2016

Ke Mana Kita 2017?


Booking period: 13 till 19 Jun 2016
Travel period: 4 Jan 2017 - 21 Aug 2017


Wahai semua traveller tegar, si tourist yang kaya raya & kawan kawan yang baru berijinak nak berjalan jalan macam tuan tanah. Korang dah dapat tiket ke belum? 


Good luck!

Tuesday, April 19, 2016

Happy Birthday Tuan Tanah

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

18th April 2016. Masih diberi kesempatan untuk terus hidup & berbakti kepada orang lain especially kepada Datin. Sihat (read: terlebih) tubuh badan, dimurahkan rezeki & sentiasa dikelilingi orang orang yang mengambil berat,

So here's to another better year. May we live a happy & positive life. 

Dah boleh teka mana satu tuan tanah kan?


Friday, March 25, 2016

Jisan Ski Resort, Gyeonggido

Assalamualaikum, annyeong!

Masih lagi dalam mood throwback trip winter kami. Kali ni nak share pengalaman pegi Jisan Ski Resort. Actually ada banyak ski resort yang boleh korang lawat sepanjang musim winter & early spring ni. Tinggal korang survey kos, berapa jauh & berapa extreme korang nak cuba. 

Honestly aktiviti ski ni memang langsung tak pernah tuan tanah fikir untuk masukkan dalam itinerary kitorang. Tapi macam biasalah, termakan bisikan syaitonnirojim kat telinga kata "bila lagi nak rasa" tu membuatkan tuan tanah decide nak pegi mencemar duli. Tapi awal awal dah cakap pada Mimi yang tuan tanah takkan buat apa apa selain jalan jalan feeling feeling Elsa sambil buat Olaf. 

Survey punya survey, tuan tanah kecikkan scope pencarian kepada ski resort yang lebih kurang 1 jam jauhnya dari Seoul. Untuk menjimatkan masa katanya. Walhal takmau duduk dalam bas lama lama. Masa survey tu terjumpa la Jisan Ski Resort dan terjumpa website Skitour2korea yang offer slightly cheaper dari mana mana company yang lain. 


Tuan tanah buat booking awal awal kat Malaysia through website diorang je. Kena isi few details macam date yang kita pilih & berapa jumlah orang yang akan join. Pastu diorang akan respond through email. Dalam email tu kena mention guesthouse/hotel yang korang tinggal, sebab nanti dorang akan pick up korang kat tempat tinggal korang. Credit card details juga perlu isi dalam email tu untuk secure payment. Tapi sebenarnya kita akan bayar upon naik bas kepada tour guide. Kitorang punya charge adalah 35,000 won untuk enjoy resort sahaja. 

Seawal jam 7.20am tour guide kami dah datang ke guesthouse kami since bas tak boleh masuk ke dalam kawasan guesthouse ni. So cuma tour guide pick up kami & jalan kaki untuk naik bas yang tunggu kami di area Hyehwa Station. Since kitorang group pertama bus ni pick up, kitorang pun ikut la join pusing pusing sekitar Seoul untuk pick up group lain. In total kitorang ada 8 orang Malaysia, 2 orang Filipino & 4 orang Singaporean. Yang bestnya ada la 2 orang chinese guy dari Setia Alam dalam tour ni suggest kitorang semua cakap bahasa melayu sebab senang nak mengata. Lagi lagi salah sorang macam lemah lembut sikit. Memang seronok borak.


Perjalan dari bandar Seoul ke resort ni mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sebelum ke resort tu, bas akan berhenti di satu kedai untuk sewa ski clothes & gears untuk sapa sapa yang join skiing yang akan diajar oleh tour guide kami. Dalam masa sejam perjalanan, tuan tanah & mimi termakan pujukan tour guide untuk cuba snow slide. Dengan yakinnya dia kata kami akan kebosanan kalau hanya jalan jalan tanpa buat apa apa. So terbang lagi sorang 15,000 won untuk snow slide & glove rental. 2 chinese guy tu memang dengan suka hati meninggalkan bag bag dorang pada kitorang waktu dorang tengah nak tukar baju. Memang macam dah lama kenal. Yang kelakarnya, si lemah lembut itu dah pilihkan baju untuk kawan dia serba oren. Lepas orang tu dah pakai. Dia komplen cakap macam pekerja kilang motorola. Kawan tu pasrah je dengan kritikan kawan satu lagi. Sorry gambar dorang Mimi tak bagi lagi hehehe.


Bersama adik adik dari Kajang yang boleh dikategorikan sebagai traveller bukan macam kami yang tourist ni. Siap datang dari Busan naik Mugunghwa train waktu malam untuk jimatkan kos tempat tinggal. Sejenis kegigihan disitu.

Selepas lebih kurang 20 minit kami disini, kitorang pun mula berjalan kaki ke kawasan ski tu. Agak mendaki juga la perjalanan. Padahal tak jauh pun. Tapi tiba tiba tuan tanah rasa mengah semacam dan rasa short breath. Entah kenapa. Terus berhenti tepi jalan untuk rehat kejap. Malu dengan uncle singaporean tu. Dia & wife lagi kuat dari tuan tanah. Mungkinkah sebab cuaca sejuk sangat? Ada la 5 minit delay dari orang lain. Terpaksala diorang tunggu tuan tanah kat atas sebelum tour guide memberi sepatah kata reminder untuk kami. 


Sampai je tuan tanah kat atas, Tadaaaaa!! Wooohooo main seleji, checked! Kitorang diberi tag untuk dipakai sepanjang berada dalam resort ni, Sebelum berpecah, uncle singaporean tu sebagai yang paling tua dalam tour ni mintak kitorang semua ingat mengingati muka muka orang dalam tour ni so kalau apa apa jadi nanti mudah. Pehh terasa bapa bapa sangat. 

Dah jom layan gambar sepanjang tuan tanah kat sana. 



First snow slide woi! Took me half hour juga untuk convice myself.


Major love with this photo. Terasa perfect.
Cubaan untuk meniru gaya diatas tapi end up macam kame hame ha dragon ball.



Waktu ni dengar cerita JM pun ada kat sini. Tapi tak terserempak pulak. Takdak rejeki betul nak jumpa blogger yang dah level level artis ni. Next time kena jumpa tau JM :]

Kat sini kami cuma makan bekalan dibawa dari guesthouse dan hanya beli hot coffee & waffle je.Toilets pun banyak & bersih despite of orang ramai. Lebih kurang jam 3pm kami turun ke kedai sewa ski clothing tu untuk sesi memulangkan segala yang dipinjam dan terus bergerak ke Duty Free Shop di area Myeongdong. Kami diberi pilihan sama ada mahu ke duty free shop atau ginseng centre. Dan seharusnya semua memilih untuk menyopping. Padahal semua duk tengok tengok je. Tamampu la kakjem nak menyopping beg prada. haha.

Last sekali either korang boleh turun di Namdaemun Market atau Myeongdong. Lepas dah peluk cium bagai dengan semua dalam tour tu, kami pilih untuk turun di Myeongdong untuk menjamu rohani & mata serta perut kami. Kihkihkih. You know what I mean. You got to love Myeongdong baby. 

Till then. Xoxo!

Tuesday, March 22, 2016

Everland Resort, Yongin

Assalamualaikum, annyeong!

Salah satu tempat kitorang pegi untuk trip Seoul kali ni ialah Everland Resort.


Oleh kerana kami ni pemalas yang amat & takut penat naik bas, option naik bas dari Gangnam tu dipandang sepi. Kalau korang nak tau info macam mana nak naik bas tu, korang boleh try jengah blog Bibie Karim. Penggunaan ayat yang jelas & simple #bodek


Google punya google, kami decide nak guna shuttle bus. Kami guna service shuttle bus dari Daesung Tour bukan Daesung Big Bang ye. Lagipun masa tu ada discount rate. Round trip shuttle bus + admission ticket hanyalah 38,000w per person. Ada 5-6 lokasi pit stop bas ni akan tunggu termasuklah tempat kami naik bas berdekatan dengan Station Dongdaemun History & Culture Park Station Exit 11. Ada 2 masalah tour ni, korang tak boleh nak book through email. Hanyalah melalui call. Call perlu dibuat 2-3 hari sebelum tarikh yang korang nak pergi. Dan bas balik ke Seoul adalah jam 6.30pm. Kiranya tak berkesempatan la nak tengok fireworks waktu malam.


Tentang bayaran pulak, korang kena buat bayaran sewaktu naik bas. Lepas tu diorang akan beri tiket bas & voucher admission ke Everland. Kena simpan ye tiket bas sebab nanti waktu balik dorang akan check balik tiket. 

Tak tahu nak kategorikan kitorang bertuah ke tak bila pagi tu salji turun dengan agak lebat. Memang 110% jakun & keras kejung. So kitorang pilih untuk naik taxi ke station Dongdaemun H&C. 


Percubaan meminta lelaki ni tuliskan alamat kami dalam hangul gagal kerana dia tak paham pun apa kami cuba cakap. 

Perjalanan untuk ke sana lebih kurang 1 jam dan diorang akan turunkan penumpang di area parking untuk bas. Pastu kita kena naik pulak shuttle bus yang disediakan oleh pihak Everland for free of charge. So mohon jangan verangan nak jalan kaki sebab jauh juga jarak antara entrance Everland dengan parking area untuk bas. 



Sebelum naik shuttle bus everland, driver bas daesungtour ada pesan yang kami kena turun dari Everland at least by 6pm untuk naik bas yang sama di platform yang sama. Seperti biasa, kerja tuan tanah adalah mengambil gambar no plate bas. Takut kes kejadian macam di USS terjadi lagi. Bila bas tak datang datang dan sorang pun tak no contact company bas tu. Kali ni dah siap siap save no contact. 

Driver bas tu juga ada bagi info alternative transportation kepada yang tak boleh tunggu sampai jam 6.30pm. Mulanya tak paham kenapa dia cakap macam tu. Rupa rupanya....nanti ye. Kejap lagi tuan tanah cerita ye.


Yiihaaa! Dah berjaya jejakkan kaki ke Everland. Tempat feveret Kaklong kawasan yang bakal pegi lagi 20 hari #jeles

Waktu ni kawasan Everland agak lengang. Mungkin sebab masih awal, working days & salji turun. Dalam hati masa tu memang happy la sebab konon kononnya tak perlu beratur lama untuk main games. 





Baru hati nak rasa happy tak perlu beratur panjang rupa rupanya BANYAK attractions yang tutup sebab salji turun. Pehhh terus rasa frust & buang masa untuk tunggu sampai jam 6pm.

Tapi macam biasalah, kami kan suka duduk duduk tengok orang, most of the time kitorang duduk tepi tepi tu dalam cuaca sejuk beku tu dan perhatikan orang. Ada la few games yang kitorang main tapi tak sampai 5 ye. Haha memang bila fikir membazir je duit pegi sini. Tapi takpala, memang dah dalam budget trip kali ni. Maybe next time cuba Lotte World pulak. Hehe


Wei merasa tuan tanah pegang salji original. Tak sama rasa dia macam salji kat skii resort tu. Sebab kat skii resort tu bercampur dengan man made.




Pada tuan tanah, kalau boleh elakkan la pegi waktu snowing ni. Sebab most of the games akan tutup atau bukak agak lewat. Bawakla bekal makanan sebab kami tak jumpa any halal restaurants kat sini. Dan makanan kat sini agak pricey jugak. Banyak kerusi disediakan sepanjang jalan so memang tak sempat rasa penat pun sebab kebanyakan masa kitorang memang duduk rilek rilek.

Tempat ni confirm lebih cantik waktu musim bunga. Nak tengok comparison?


Ni waktu kami pegi. Tapak tapak bunga tu ditutup.


Dan ni contoh tuan tanah korek dari google suasana masa musim bunga. Ko ghase?

Okla, til next time!

Tuesday, March 01, 2016

Restoran Sujebi, Insadong

Assalamualaikum, annyeonghaseyo. 

Trip dah habis lebih sebulan. Rajin belum datang. Tapi oleh kerana restoran ni best, harus dikongsi bersama. Untuk lebih info pasal restoran ni, korang boleh refer kat blog Azra atau DJ ye.

2 kali kitorang pergi makan kat sini sepanjang winter trip kitorang haritu. Lokasinya kat Insadong area. Kalau korang turun dari Anguk station, terus ke Insadong road dan korang akan jumpa bangunan Ssamziegil disebelah kiri korang. Jalan terus lagi dan masuk ke simpang lorong Insadong 10-gil disebelah kiri. Kat simpang tu ada farmasi untuk korang buat reference tau. 

Lepas tu jalan terus sampai korang jumpa satu lorong kecil disebelah kanan right before bangunan warna coklat macam kayu kayu. Masuk lorong tu macam dalam gambar kat bawah ni. Sorry la masa dah kenyang, amik gambar punya asal boleh je.


Jalan 100 meter macam tu ada lorong ke kiri sampai jumpa signboard macam kat bawah ni


Masuk kiri dan tadaaa!


Ni la kedainya. Masuk masuk je semua orang dalam tu pandang kitorang dan terdengar la ada ahjuma cakap sesama dorang dan terdengar la perkataan Malaysia. Agaknya nampak bertudung je Malaysia la kot.


Oleh kerana diorang dah boleh agak kami ni orang Malaysia, terus dapat menu extra special. Siap ada bahasa melayu ko. Sapala yang baik hati ni. Terima kasih banyak banyak. Anyway komunikasi agak terhad disini. Cakap apa yang penting saja. Order pun tunjuk kat menu, pastu tunjuk jari. Cubaan ahjuma borak dengan tuan tanah gagal kerana tuan tanah tak paham sepatah haram hehehe.

Kat sini korang boleh pilih nak duduk bersila atau duduk dimeja biasa. Kami diberi meja biasa yang betul betul tepi heater. Baik punya service ahjuma bagi. Oleh kerana portion makanan agak besar, kami order 1 sujebi & 1 pajeon. 


Dedua menu yang kami order ni memang licin kami makan. Sedap gila! Sejuk sejuk dari luar, masuk dapat makan sup panas panas. Memang layan.


Paling best sekali bila korang makan makanan dengan kimchi ni. Percayalah. Memang rasa kimchi dia lain dari kimchi kimchi yang lain. Rasa ikhlas dan tak rasa fermented sangat. Sampai kali kedua kami datang tu rasa nak tanya boleh beli tak kimchi ni. Tapi macam payah je nak tanya.

Kali kedua datang tuan tanah dah tak guna bahasa tubuh. Dah boleh cakap sujebi hana, pajeon hana. Terus rasa dah boleh pindah Korea. eh?

Monday, February 01, 2016

Winter Wonderful

2016 kickstart
Happy New Year everyone!

Tuesday, January 19, 2016

Last Minute. Biasalah.




Setelah permohonan ujrah melalui online takde respon. Ni la jadinya. Terhegeh hegeh nak buat sebab ada deadline. Memang tuan tanah ni jenis berlengah dan bertangguh. Padan muka sendiri kan? Tapi takpe, bertabahlah demi lebih banyak percutian ke luar negara.

Thursday, October 29, 2015

Throwback Thursday

Hi korang.

Lunch hour hari ni tuan tanah pegi Aeon Bukit Raja nak cari decorations untuk Deepavali & Xmas untuk office.

Tengah tengah officemate cari parking, ternampak satu pasang suami isteri. Agak berusia juga bersama seorang pekerja Aeon. Nampak si isteri agak struggle untuk membantu si suami bangun dari kerusi roda untuk masuk ke dalam kereta. Secara automatik tuan tanah terus keluar dan nak meng offer kan diri untuk membantu. 

Dialog lebih kurang macam ni

Me: Hi Uncle, Aunty. Do you need help? Are you trying to get in the car? I can help you.

Uncle:  No, no. Its okay. I can do by myself. Thank you.

Aunty:  See, every pretty girl wants to help you. Thats why you dont want my help right? (si isteri cakap pada si suami sambil cuba memapah dari tepi)

Tuan tanah faham sangat situasi ni. Sebenarnya si isteri tu mungkin dah boleh hilang sabar sebab si suami tanak cuba membantu diri sendiri. Berapa kuat sangatlah kudrat si isteri nak papah sendiri. 

Uncle: Of course I need to look handsome in front of them. Do I look handsome? (si suami tanya kat tuan tanah sambil rapi rapikan rambut)

Me: Of course you look handsome uncle. But if you let me to help you, you look even more handsome.

Uncle : Its okay. I can get up slowly (terus dia bangun perlahan lahan sambil berpaut pada tepi bonet kereta)

Tuan tanah tak berganjak dari situ sampai uncle tu masuk kereta bahagian co-driver. Sumpah teringat arwah abah sendiri. 

Sebelum berlalu pergi aunty tu sempat usap usap pipi sambil cakap thank you dear, god bless you. Hati ni rasa nak teriak dah. Mahu tuan tanah peluk cium sambil ayaq mata kuar macam baru menang peraduan teka kacang. 

Happy gila gila tengok suami isteri tu. For better or for worse. Diorang tetap together. Hanya diorang je tahu susah senang diorang berdua. Mana nak cari sang suami yang begini? Dan akan sesabar beginikah tuan tanah kalau menjadi isteri nanti?

Nah gambar throwback. Aidilfitri 2013. Raya terakhir dengan Dato.


I love you daddy! You will forever be missed & never be forgotten. 



Friday, October 23, 2015

This is Klate. Day 2

Assalamualaikum. Annyeong! 

Apa khabar korang? Lama sangat tertangguh entry Kelantan. Salahkan Bibie kdrama sebab tuan tanah focus gila sampai rasa takde mood langsung untuk habiskan entry jalan jalan cari makan kitorang. Plus tuan tanah baru beli coloring book macam Song Ji Hyo warna dalam Running Man episode 268 tu. Katanya boleh membantu mengurangkan stress. Lepas dah warna 2-3 kali memang diakui minda terasa rehat sekejap. Pasang je mp3 sambil mewarna, memang rasa relax.

Ok jom sambung baca dari This is Klate. Day 1.2 

Hari kedua kitorang dimulakan dengan pencarian Kedai Kopi White Coffee. Terletak di Jalan Sultanah Zainab dan tak sangka ada kedai ala ala kopitiam kat situ. Kalau korang tau tempat parking bas area Istana Jahar tu, korang sure boleh nampak kedai ni.


Kedainya kecik je. Tempat duduk pun terhad. Macam first come first serve basis. Bila dah dapat tempat duduk, nak order pun masalah jugak. Maklumla peak hour. Pekerja semua muka poker face je. Agaknya dah biasa tengok ramai ramai ni.


Menu pilihan pagi tu adalah roti kahwin dan kopi o ais. Kopi dia boleh tahan kaw. Too bad nasi dagang dia yang dikatakan famous tu dah habis. So kawan tuan tanah makan telur separuh masak & nasi berlauk.

Dari sarapan pagi kami cargas ke Warung Pak Mat Pulau Pisang di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh. Kalau korang nak pergi sini, cari jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan ye. Masa kami datang ni kebetulan macam ada pesta kat tepi sungai kelantan area kedai ni. So memang ramai orang walaupun baru jam 11am. 

Menu famous diorang of course sup ikan & teh ais madu. Korang kena beratur dan pilih size ikan yang korang nak untuk diorang masak. Too bad masa kami sampai tinggal kepala ikan sahaja. Tapi alang alang dah sampai kan? Harusla mencuba.


Tadaaaa!! Pehhhh memang terbaik sup nya. Sup tu sebenarnya kalau tengok betul betul ada lemak & isi daging lembu sikit. Tambah dengan bawang goreng dan cili padi, memang betul betul terangkat. Mula mula risau jugak kalau tak boleh makan maklumla tuan tanah tak makan daging lembu. Tapi memang takde langsung bau bau daging tu. Memang mabeles. 


Dan inilah teh madu itu. Kalau tanya tuan tanah, teh nya rasa normal teh ais macam kat Penang. Tapi buih tu rasa manis. Mungkinkah madunya dibuih saja?


Satu sup kepala ikan siakap, satu pinggan nasi & 3 gelas teh madu untuk RM103. Tolongla jangan kecam tuan tanah. Mesti benda pertama kita fikir mahalnya kan? Tapi apa salahnya kalau kita ada rezeki lebih dan mencuba. Betul tak? Terus rasa tak best bila kena kecam di FB. Niat nak share info sekali adalah orang tanya guna ikan duyung ke? Atau cakap kat rumah dia sup lagi sedap lah. Tah pape tah. Cuba masak tengok bagi kitorang makan. #emo

Oleh kerana dah panas terik & berpeluh sakan, kitorang decide nak pegi cari kedai aircond pulak. Kami patah balik ke pekan Kota Bharu dan jalan jalan dalam KB Mall sebelum balik ke hotel untuk menjadi ular sawa. Hohoho

Till then. Xoxo


Monday, September 21, 2015

This is Klate. Day 1.2

Sambungan entry dari  Go local, This is Klate. Day 1.1

Masih terlalu awal untuk kitorang boleh check in kat hotel. Kitorang sepakat nak pergi Rantau Panjang. It took almost 45 minutes jugak nak sampai. Dan paling bagusnya bila ikut waze ni dia bawak bukan main road. Kadang lalu kampung kampung. Kadang hutan hutan. Mengikut pada pengalaman yang kononnya dulu tetiap tahun datang Kelantan, kita akan jumpa buddha temple along the way nak pergi Rantau Panjang. Seingat tuan tanah temple tu ada patung buddha yang besar gila tengah duduk dan satu berdiri. Duk la cerita kat kaklong & datin maimon. Sekali rupanya jalan yang kami lalu haritu terjumpa temple lain. Yang ni sleeping buddha uols. 

Siap buat u turn nak pegi jengah jengah temple tu. Masa ni takde orang langsung. Terus tiga tiga takut nak keluar dari kereta. Jadinya tengok dari dalam kereta je la. 

source : google
Oleh kerana rasa seram seram je nak keluar kereta, kitorang baca info pasal ni pun dari dalam kereta tau. Nama temple ni Wat Phothivihan & terletak di area Tumpat. Statue sepanjang 40 meter ni merupakan yang terpanjang di Malaysia, 7 meter lebih panjang dari sleeping buddha yang ada kat Penang. Tak sampai 15 minit pun kitorang kat sini dan teruskan perjalan ke Rantau Panjang. 

Masa sampai di zon bebas cukai ni, baru teringat yang sebahagian kedai kedai yang dari binaan kayu kat situ terlibat dalam kebakaran pada Januari 2014. Masa tuan tanah datang ni kawasan kebakaran tu dah rata dan dah jadi tempat parking. Bagusnya lebih banyak parking, tak bagusnya kedai dah tak banyak woi. Dan tempat tu jadi extra panas sebab kosong gitu je.  


Misi utama kami mencari baju kelawar. Haha. Tapi makanan dilupa jangan. Sempatla rasa colek, rasa satay ikan dan beli sikit buah tangan untuk bawa balik. Too bad baggage allowance ada 15kg je. Murahnya la harga beras wangi siam tu. Takde pulak dia jual size kecik. Kalau tak, yang tu pun tuan tanah beli. Take note. Harga harga barang kat sini way cheaper dari kat Pasar Siti Khadijah & Wakaf Che Yeh. Sayang gila tak beli banyak. Macam cashew nuts tu. Sini 1kg baru RM25 kat Wakaf Che Yeh setengah kilo rm25. 

After like 1 hour spent jalan jalan kat sini kitorang semua setuju nak balik. (sebenarnya nak cari aircond kereta) Cuaca panas terik. Diri sendiri pun dah berjaga dari jam 3 pagi. Memang masing dah start cranky la. Oh ya, kat sini takat tudung ala nelopa tu rm12 jewwww. Tapi kualiti kain dan kelabuhan kain amatlah tidak tuan tanah suka. Dan paling tak bole terima kain tu cotton lycra yang dorang cakap tu tak stretchable langsung. Big NO.  

Dari sini kami terus gerak balik ke Kota Bharu untuk check in hotel & bersihkan diri kejap. Luruskan badan kejap pun ye gak. Tapi kalau dilayan sangat badan ni, sampai subuh esoknya pun boleh tidur kan. Hotel nanti tuan tanah cerita kat entry lain ye.

Petang tu misi kitorang mencari megi ketam di Pantai Cahaya Bulan. Berpandukan hanya gambar dari sepupu kaklong, tanpa tahu nama kedai. Kitorang bole jalan dari kedai ke kedai lain untuk tengok lapik meja diorang warna apa. Memang lawak. Mulanya dah duduk satu kedai ni. Tapi tokey kedai kata ketam habis. Terus pergi kedai lain dan pasrah je la.




Maapkan tuan tanah sebab dah lupa harga megi ketam tu. Antara RM30 ke RM40 rasanya. Sedap sampai terasa manis ketam tu. Dan paling penting ketam tu segar. Kitorang share semangkuk tu bertiga dan amik sikit yang cucuk cucuk goreng ni. 


Makan share share ni selalu rasa extra sedap kan? Tambah tambah dengan bunyi ombak sikit, angin sepoi sepoi. Mana nak dapat kat Klang ni? Sungai Klang ada la. 


Lepas makan kitorang jalan jalan sekitar pantai kejap. Si kaklong ni buat aksi liar panjat tembok tu dan ambil gambar dari batu batu tu. Tuan tanah memang tidok lerrr. 

ni lah hasilnya selepas berapa banyak wefie.

Dari sini kitorang terus gerak ke destinasi seterusnya. Dengar cerita nasi kerabu kedai seterusnya ni memang mantop.


Kedai Nasi Kerabu Golok ni terletak di Jalan Sultan Yahya Petra dan betul betul tepi jalan besar. Famous dengan nasi kerabu daging bakar atau ayam bakar.


Ayam mantop, sambal budu mantop & surprisingly taugeh tu. Rangup & terasa seasoning. Puas kitorang cuba fikir rasa apa yang ada kat taugeh ni. Takde jawapan sampai sekarang. Macam tuan tanah yang agak tak suka makan taugeh, ni kira taugeh jenis 100% acceptable. No wonder la kedai ni antara yang famous dengan nasi kerabu.

Hari pertama kitorang berakhir disini. Walaupun jam baru lebih kurang pukul 9. Perut kenyang, mata berat. Honestly, semua kedai yang tuan tanah pergi kali ni memang tak pernah tuan tanah jejak sepanjang pergi dengan family. Rasa happy gila dapat enjoy trip ni.

Oklah nanti sambung day 2 pulak ye. Till then. xoxo.